Tentang Kami

TENTANG KAMI 

PHOTOGRAPHIQUE mungkin adalah satu nama baru di dalam bidang fotografi di Malaysia. Nama kami diambil daripada hasil gabungan seni fotografi dan juga seni grafik. Hasil dari rakaman foto yang selama ini, kami mengolah semula dan menggabungkan eliment-eliment grafik pada gambar foto untuk menampakkan hasil kerja yang menarik.Selain itu, untuk membuat foto yang menarik, kita harus membuat orang merasa mendapatkan sesuatu yang baru dari foto yang dilihatnya.

BERMULA sebagai pereka grafik, pengalaman didalam bidang grafik telah banyak memberi dorongan untuk kami melangkah ke dalam bidang fotografi. Minat didalam bidang ini bermula apabila kami diberi tugas untuk mengolah semula foto yang diberi kepada kami untuk menjadikan foto tersebut kelihatan menarik dan berkualiti. Kami mula berjinak-jinak dengan merakam gambar majlis-majlis kahwin, kesyukuran dan sebagainya. Dengan semangat yang diberikan oleh rakan-rakan, kami mengambil langkah untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya kami.

SISTEM
kamera kami adalah daripada kamera DSLR digital NIKON dan juga CANON agar kami dapat memastikan kualiti foto-foto yang dirakam adalah terjamin dan bermutu supaya dapat
memenuhi citarasa anda.

LOKASI
kami berada di sekitar kawasan Lembah Klang. Anda tidak perlu risau sekiranya majlis anda berada di luar kawasan Lembah Klang, kerana, kami juga akan memenuhi permintaan anda di seluruh SEMENANJUNG MALAYSIA, BORNEO, BRUNEI dan SINGAPURA.

PERKHIDMATAN yang kami berikan adalah seperti berikut:-

TEMPAHAN boleh dibuat 1(satu) bulan dari tarikh majlis anda. Sekiranya tempahan kurang dari 1(satu) minggu dari tarikh majlis anda, bayaran EXTRA akan dikenakan.



free web hostingHosting24.com web hosting